Thursday, July 22, 2010

Bakat Bisnes

Topik ini masih lagi menjadi perdebatan dikalangan pakar pakar perniagaan. Ada yang berpendapat bahawa berniaga adalah sebuah bentuk kemahiran. Maksudnya, semua orang dapat dilatih menguasai teknik teknik perniagaan. Ada pula yang berpendapat bahawa untuk berniaga kita perlukan bakat. Yang mana, bakat ini tidak dimiliki oleh semua orang. Sepertimana tidak semua orang boleh berpidato, tidak semua orang boleh berpolitik atau tidak semua orang boleh bersukan. Begitu juga dengan dunia bisnes, tidak semua orang boleh berbisnes.

Bagi saya, kedua duanya betul. Seseorang yang tidak memiliki bakat perniagaan, sekiranya dilatih dengan baik, dia mampu menjadi seorang usahawan yang berjaya. Tetapi pasti dia ada limitation tersendiri dan langkahnya dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Manakala usahawan yang memang mempunyai bakat semulajadi, langkahnya mudah dan perkembangannya cepat. Segala strategi perniagaannya menjadi, sangat sedikit yang tersasar. Makanya, pada menurut saya, semua orang boleh berniaga. Yang membezakannya adalah, ada yang menyinar, ada yang sederhana, ada yang biasa biasa sahaja. Mungkin Irfan Khairi, Iemoto Kentaro, Adam Khoo atau Fangki Hertati tergolong dalam golongan berbakat. Mereka menjadi jutawan di usia muda.

Semasa saya di Tingkatan 4, saya aktif bermain ragbi. Pertama kali saya menyentuh bola ragbi adalah ketika itu. Alhamdulillah, dalam masa 3 bulan, saya sudah mewakili sekolah untuk pertandingan peringkat daerah dan SBP. Saya mungkin ada sedikit bakat. Tetapi, saya juga ada seorang kawan yang aktif bermain bola sepak. Pernah sekali semasa latihan, oleh kerana kekurangan pemain, beliau dijemput untuk memenuhi kekosongan. Akhirnya, ketika perlawanan latihan berlangsung, beliau menjadi man of the match sedangkan itulah kali pertama beliau bermain. Memang, dia berbakat besar. Dunia perniagaan juga begitu. Kita akan lihat ada sahaja bintang yang tiba tiba bersinar, dan sinarannya mengelabui bintang bintang yang lain.

Bakat bisnes mungkin boleh diukur melalui genetik. Lihat di sekeliling kita. Adakah kita memiliki saudara mara yang berjaya di dalam bisnes? Sekiranya kita memiliki ibu bapa atau saudara yang berjaya di dalam bisnes, insyaAllah peluang kita untuk berjaya di dalam bisnes juga tinggi. Hakikatnya, apabila kita dibesarkan dengan suasana yang dekat dengan dunia bisnes, pemikirannya akan masuk ke dalam jiwa kita dan akhirnya membentuk diri kita ke arah menjadi usahawan yang berjaya.

Saya ada bersahabat dengan salah seorang yang terkaya di Kota Bandung, Indonesia. Saya berkesempatan bersama beliau menjemput anaknya yang berusia 9 tahun pulang dari sekolah. Di dalam kenderaan, selepas bertanya khabar dengan ayahnya, si anak mengeluarkan buku 'The Cash-Flow Quadrant' karangan Robert T Kiyosaki. Takjubnya saya. Pada usia 9 tahun sudah gemar membaca buku berkaitan dunia bisnes. Dan saya yakin, dia akan menjadi usahawan yang berjaya, bahkan melebihi kejayaan bapanya.

Bakat keusahawanan menurut Puan Ainon Mohd di dalam bukunya 'Memulakan Bisnes Sendiri' terbahagi kepada dua. Yang pertama disebut enterpreneur manakala yang kedua disebut intrapreneur. Kedua dua bakat ini berbeza. Mereka yang memiliki bakat enterpreneur berkebolehan memula dan memimpin bisnesnya sendiri.

Intrapreneur pula adalah pengurus pengurus kanan atau CEO syarikat yang mempunyai bakat mengembang bisnes milik majikannya. Strategi bisnes yang mereka lakukan mampu mengembangkan bisnes majikannya ke satu tahap yang lain. Ramai intrapreneur yang tidak memahami perbezaan kedua dua bakat tersebut. Akibatnya, oleh kerana mereka berjaya mengembangkan bisnes majikannya, mereka berhenti kerja dan memulakan bisnes sendiri. Terbukti apabila mereka mula melakukan bisnes sendiri, mereka menghadapi pelbagai masalah dan akhirnya terpaksa menutup perniagaan. Tetapi saya yakin tidak semua begitu. Ada sahaja intrapreneur berjaya menjadi enterpreneur.

Tetapi, untuk mengetahui kita berbakat atau tidak, kita perlu bermula. Sudahkah kita?

6 comments:

  1. mulakan langkah anda sekarang. ikutilah jejak-jejak mereka yg berjaya.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, ana dah mulakan sedikit, cuma masih perlukan bimbingan dari orang yang sudah lama berula.
    jadi, orang yang dah lama bermula perulah berkongsi penaglamannya bersama orang yang baru agar dapat mencambahkan idea bisnesnya.

    akhirnya, manfaat itu akan kembali kepada ummah dan dakwah. insyaallah.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah sudah diupdate blognya...

    ReplyDelete
  4. kedai: huhu, menulis pun perlukan mujahadah. Mudah2an istiqamah.

    dalam bisnes, apa yang penting: ilmu, sistem,. mentor, tindakan.

    ReplyDelete
  5. huhu... tahniah3... blog yang menarik...

    harap2 dapat tumpang skaki dapat 1 juta nnt... aminn....

    ReplyDelete