Thursday, July 8, 2010

Apakah status kewangan anda?

Satu soalan cepu emas. Anda berada di level mana? Adakah anda sudah termasuk golongan orang kaya atau golongan yang terasa kaya? Atau anda adalah golongan yang sederhana, maknanya tidak susah dan tidak senang, tengah-tengah, atau anda tergolong dalam golongan miskin?

Sebelum ini, saya tidak memahami apakah status kewangan saya. Saya hanya melihat pada jumlah wang saya yang keluar masuk setiap bulan. Apatah lagi, saya mempunyai 2 syarikat perniagaan yang boleh saya katakan sedang berkembang baik. Tetapi, persepsi saya berubah sama sekali apabila saya membaca salah satu buku yang saya sendiri jual.

Kebetulan ketika itu pekerja saya sedang bercuti, saya terpaksa menjaga booth buku saya yang dibuka di Giant Prima Saujana, Kajang. Oleh kerana bosan menunggu, saya mengambil satu buku yang bertajuk Bagaimana Saya Menjadi Jutawan oleh Adam Khoo. Buku ini sangat menginspirasikan.

Adam Khoo telah menggariskan 4 jenis kekayaan. Di antaranya:

1) Kestabilan Kewangan

Tahap kestabilan adalah tahap pertama di alam konteks ukuran kekayaan. Pada tahap ini, anda sudah memiliki kedudukan kewangan yang stabil. Maksud kewangan yang stabil ialah, anda masih boleh menyara kehidupan anda selama 6 bulan jika anda berhenti kerja pada waktu ini. Pendek kata, jika perbelanjaan anda sebulan ialah RM2,000… dan anda sudah mempunyai simpanan sebanyak RM12,000. Maka anda sudah mencapai tahap pertama kekayaan ini, iaitu, kestabilan.

2) Keselamatan Kewangan

Pada tahap ini pula, anda sudah mempunyai nilai aliran tunai yang positif yang dapat menampung perbelanjaan keperluan asas kehidupan anda. Pendek kata, anda sudah boleh berhenti kerja dan pendapatan pasif income anda sudah boleh menampung gaya hidup anda yang asas. Tetapi jika anda tidak mahu berhenti kerja, hasil pendapatan daripada perkerjaan makan gaji anda itu, anda boleh gunakan untuk menambahkan lagi portfolio pelaburan anda yang seterusnya akan membesarkan lagi nilai “cash flow” bulanan anda.

3) Kebebasan Kewangan

Kita sering mendengar perkataan “kebebasan kewangan”.. tetapi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kebebasan kewangan?. Menurut Adam khoo, anda mencapai tahap kebebasan kewangan apabila, pasif income yang terhasil daripada aset serta pelaburan anda.. mampu menampung perbelanjaan gaya hidup anda “pada masa kini”. Sudah tentunya, ianya agak subjektif.. setiap orang mempunyai definasi yang berbeza tentang definisi “Gaya Hidup Masa Kini”. Walau apa-apa pun, pada tahap ini anda sudah boleh berhenti kerja dan hidup dengan kehidupan anda yang sederhana pada masa kini (berbanding pada tahap “keselematan kewangan”, anda hanya boleh hidup pada tahap yang asas-asas sahaja.

4) Rezeki Melimpah-ruah (Financial Abundance = Kelimpahan Kewangan?)

Di tahap ini… anda sudah boleh berhenti kerja dan goyang kaki dirumah sahaja… anda kini hidup di dalam gaya kehidupan yang anda idam-idamkan. Anda boleh membayangkan pelbagai bentuk kemewahan yang mampu anda miliki dengan mencapai tahap ini.

Tapi, pada kebiasaannya, orang yang sudah mencapai tahap ini, jarang sekali berhenti kerja dan hanya duduk rileks-rileks goyang kaki. Mereka akan terus bekerja.. tetapi, mereka bekerja bukan kerana duit. Tapi kerana mereka memang minat melakukan perkara tersebut.

Bagaimana? Apakah status kewangan anda? Adakah anda peduli? Atau anda termasuk orang yang membiarkan dunia menentukan arus kehidupannya.

Saya mensasarkan kebebasan kewangan saya sebelum saya berusia 30 tahun. Anda bagaimana?

Buku ini adalah saranan saya untuk di baca:

Sila klik -->>DI SINI<<----untuk membeli buku di atas.

7 comments:

  1. satu ulasan buku yang cukup baik dari msahrul..

    saya lihat perkara-perkara ini harus didedahkan terutama kepada golongan yang jarang mendapat pendedahan berkenaan ekonomi dan kewangan semasa.(mungkin sebelum ini kami merasakan kurangnya keutamaan membaca buku-buku sebegini).

    saya pula mensasarkan kelimpahan kewangan sebelum saya berumur 30. insyaallah.

    ReplyDelete
  2. Wah, hebat...lebih kurang ada berapa tahun lagi tu?

    insyaAllah, jika langkah sudah bermula, ikutlah jalan yang sudah banyak dilalui...

    ia lebih selamat...

    ReplyDelete
  3. saya masih 23thn,hehe bleh dpt capai financial freedom lbih awal iaitu sblm 30 thn.
    jutawan dlm 2 tahun akan datang [paling lambat], 4tahun lagi mengecap 'financial freedom'!!!

    ReplyDelete
  4. en opie ni buat MLM ker???sebab lain macam je bunyinye...ahaks..

    ReplyDelete
  5. saya satu course saya di ukm - shuth (mungkin ramai yang kenal) pernah bekerja di niosh,bangi kemudian diberenti kerja, dengan mempunyai simpinan untuk menanggung hidupnya 2 tahun kedepan, pinjaman ptptn, kad kredit dan beberapa pinjaman yang sudah langsai...

    isteri dia owner mypermatahati.com juga buat bisnes dari rumah dan pendapatan isteri die hampir rm4k sebulan

    ReplyDelete
  6. en kedai, tiada apa yang lain macam pada komen encik opie...tapi memang dia wat MLM, halal punya...ok what??

    puan tasneem, shuth dah kira otai dalam Internet Marketing, huhu...

    Saya tengah nak setup satu company lagi, tp just amik franchise dari orang...mudah2an berjaya, amin.

    ReplyDelete