Tuesday, October 12, 2010

3 Keywords for Successful Entrepreneur

Dr Azimuth memberitahu kami bahawa sesungguhnya, ada TIGA kata kunci yang perlu bagi seorang usahawan:

1. Mind Setting

Untuk menjadi seorang usahawan, kita perlu set minda kita bahawa bidang ini adalah terbuka untuk semua. Ianya bukan khusus untuk kaum Cina sahaja. Ianya bukan untuk orang yang tertentu sahaja, tetapi ia adalah bidang untuk semua orang. Dan kita mesti memiliki minda yang positif di dalam merenungi bidang keusahawanan ini. Selagimana mana minda kita belum di tune pada tahap yang sepatutnya, selagi itu kita akan ragu ragu untuk memulakan sebarang perniagaan. Semakin meningkat usia kita, semakin sukar bagi kita untuk memulakan langkah di dalam keusahawanan. Akhirnya, kita mengalah pada keadaan dan terus terkubur hasrat kita untuk memulakannya.

2. Networking

Seorang usahawan hendaklah memiliki ‘network’ untuk memastikan survival dan perkembangan bisnes mereka. Samada dia perlu membangun sendiri network tersebut atau dia hanya menyertai mana mana network yang sedia ada. Networking boleh menjadi batu loncatan bagi seseorang usahawan untuk menambah pendapatan atau meneroka bidang bidang keusahawanan yang lain.

3. Marketing Skill

Setelah memiliki idea bisnes yang baik, produk yang hebat, kedai yang mantap, seseorang usahawan perlu memiliki marketing skill yang memadai. Saya boleh umpamakan sebuah perniagaan internet. Seorang usahawan internet membuat sebuah website jualan dengan harga yang tinggi dari pereka laman web professional, setelah beroperasi nyatanya website itu tidak memberi pulangan. Ianya kerana website itu tidak dipasarkan dengan baik sehingga dari billion pelayar internet, tiada seorang pun yang memasuki laman webnya. Seperti sebuah kedai yang dihias cantik, tetapi gagal menarik pelanggan masuk ke dalam.
Marketing skill boleh dipelajari dari buku dan juga pengalaman. Samada dari pengalaman kita sendiri atau dari pengalaman orang lain. Dan bagi saya, marketing skill adalah yang paling utama di antara semua perkara yang perlu ada bagi seorang usahawan.

Sebelum mengakhiri ‘talk’ beliau, Dr Azimuth ada memberi tahu satu perkara yang sangat mengujakan saya. Kata beliau, seorang usahawan, dia lebih dekat dengan Tuhannya. Kerana, pendapatan dia hanya bergantung pada Allah swt. Seperti seorang peniaga pasar malam, sebelum berniaga, dia berharap agar hari ini cerah tidak hujan, dan pengharapan itu dia sandarkan hanya kepada Allah swt sahaja. Berbanding dengan orang yang makan gaji, semua itu tidak bermakna bagi dia, bahkan andai kata dia culas di dalam melakukan kerja, dia masih boleh menikmati hasilnya. Berbanding seorang usahawan, he earned what his working for. Andai dia culas, pasti pendapatnnya akan merosot. Wallahua’lam.

Saturday, October 9, 2010

Mengapa Anda Mahu Menjadi Usahawan?

Semasa saya sedang menjalani latihan industry di Kuantan (2005), saya menghadiri sebuah seminar keusahawanan yang dianjurkan oleh Dr Aziz Azimullah Azimuth. Kursus berlangsung satu hari dari pagi ke petang. Pada sebelah paginya, beliau banyak menekankan tentang aspek aspek yang diperlukan untuk menjadi seorang usahan yang berjaya. Pada sebelah petangnya, beliau menceritakan system bisnes beliau, dan mengajak audiens untuk menyertainya.

Pada ketika itu saya tidak berminat dengan system bisnes beliau, saya pun tidak tahu mengapa. Tetapi apa yang pasti saya mendapat input input yang sangat berguna untuk masa depan saya sebagai seorang usahawan.
Permulaannya, beliau mohon para audiens untuk bertanya pada diri sendiri, mengapa mahu menjadi usahawan. Kata beliau, sekiranya kita mahu menjadi usahawan kerana kita mahu menjadi kaya, memiliki rumah besar, kereta mewah, gaya hidup yang luar biasa, maka perjalanan kita di dalam dunia bisnes ini TIDAK LAMA. Kerana untuk menjadi kaya bukanlah sesuatu yang mudah. Terlalu banyak kegagalan yang akhirnya boleh menyebabkan orang berputus asa di dalam dunia perniagaan.

Tetapi sekiranya kita menceburi dunia bisnes kerana untuk menyara diri dan keluarga, untuk memberi jaminan kehidupan kepada yang tersayang, untuk meningkatkan taraf hidup dan seterusnya bagi melaksanankan tanggungjawab yang diberi Allah, makanya usia kita di dalam bisnes akan panjang. Kerana segala sebab yang disebutkan tadi adalah ULTIMATE MOTIVATION yang akan sentiasa menggerakkan orang untuk tidak berputus asa. Walaupun kita akan berhadapan dengan pelbagai cabaran, segala sebab yang di atas akan menggerakkan jasad dan fikiran kita untuk mengatasinya. Dan insyaAllah kekayaan itu akan datang dengan sendiri pada kemudian hari.

Saya melihat kembali kepada perjalanan hidup saya di alam bisnes. Semuanya kerana sebab sebab di atas. Pada awalnya, saya tidak pernah terlintas mengimpikan kekayaan atau kemewahan, apa yang saya perjuangkan ialah mencari rezeki yang halal untuk diberi kepada anak dan juga isteri. Itu sahaja. Sedari dari awal, dengan hanya berjualan hot dog dan burger dari bilik ke bilik sekitar kampus, niat saya hanyalah untuk mencari duit supaya boleh membeli makanan dan keperluan bagi keluarga saya. Ketika mana keperluan semakin mendesak, otak saya ligat berputar tentang cara bagaimana mahu menambahkan pendapatan. Ketika itulah, datang pelbagai idea idea bisnes dan Alhamdulillah saya sentiasa dapat mengatasi halangannya. Kerana bagi saya, jika saya tidak bekerja, siapa yang akan memberi makan anak dan isteri saya? Dengan itu saya tidak pernah berputus asa.

Maka, perbetulkan niat kita dari seawalnya. Atas sebab apa yang kita mahu menceburi bidang perniagaan? Untuk menjadi kaya bukanlah sesuatu yang mudah. Sekiranya mudah, pasti kita tidak akan melihat ada orang yang kemiskinan di muka bumi ini. Pastinya jumlah mereka akan menjadi majority. Tetapi hakikatnya, di Malaysia ini golongan golongan berpendapatan tinggi hanyalah sekitar 7% ke 10% sahaja. Yang selebihnya pada aras sederhana dan rendah.

Selepas Dr Azimuth meminta kami untuk membetulkan niat, beliau menyebutkan TIGA KATA KUNCI bagi seorang usahawan yang berjaya. InsyaAllah akan saya ceritakan pada entry yang akan datang. Wallahua’lam.