Thursday, December 16, 2010

Hijrah: Keluar Dari Comfort Zone

Satu perkara yang paling sukar untuk kita lakukan ialah keluar dari rutin yang biasa kita lakukan. Kajian menunjukkan faktor usia memainkan peranan dalam menentukan keberhasilan seseorang di dalam menjejakkan kaki ke dunia bisnes ini. Saya yakin setiap orang mempunyai cita cita untuk bekerja sendiri atau memulakan bisnes sendiri.

Semalam semasa saya dalam proses untuk sign 'hire-purchase agreement' membeli Toyota Hiace untuk kegunaan syarikat, perunding dari bank tersebut sempat bertanya keadaan bisnes saya dan sebagainya. Saya pun menjawab seadanya. Akhirnya beliau menyatakan keinginannya untuk memulakan bisnes sendiri. Katanya, beliau sudah bosan dengan makan gaji, terpaksa berulang alik,kerja lebih masa dan sebagainya. Usianya dalam 31 tahun.

Pesan saya kepada dia, mulakan sekarang. Kebiasaannya, manusia apabila semakin meningkat umur, semakin takut dia untuk memulakan bisnes. Contohnya beliau sekarang, dengan anak yang semakin membesar dan keperluan yang semakin meningkat, keberanian untuk memulakan perniagaan semakin merosot. Kerana beliau tahu di dalam dunia perniagaan,tiada jaminan keuntungan. Berbeza dengan makan gaji,pendapatannya stabil.

Oleh itu,nasihat saya,pada mulanya jangan berhenti kerja dahulu. Buat bisnes secara part-time.Sekiranya tidak tahu untuk membuat bisnes apa, dia boleh mulakan dengan menjadi jurujual produk orang lain. Dia boleh menjadi agen takaful,atau jurujual produk Coway, jurujual produk MLM yang patuh syariah atau mencari produk produk lain dan membelinya secara borong sebelum menjualnya secara runcit.

Barangsiapa nak menjual produk saya, boleh ke www.borongquran.blogspot.com. Produk Alquran ialah produk evergreen. Ia produk yang sentiasa ada pembeli,insyaAllah. Jika tidak,anda boleh memborong kain di Jalan TAR, atau produk lain di GM Plaza. Bila kita sudah bermula sedikit, baru kita tahu potensi kita dan perniagaan kita.Sekiranya kita sudah boleh mengira kadar untung rugi dan yakin kita boleh support kehidupan kita seterusnya,ketika itu hendak berhenti kerja pun tidak mengapa.

Salah seorang pelanggan saya ialah seorang lecturer di universiti awam di Melaka. Beliau menceritakan beliau secara konsisten menjual 1500 kotak tablet habbatus sauda' sebulan dengan margin keuntungan 50%, saya congak2 sekitar RM6000. Beliau juga telah menjual 10,000 naskah buku Indahnya Hidup Bersyariat dengan keuntungan saya kira sekitar RM165,000 dalam tempoh setahun. Sekarang beliau menjual barangan saya dan pembeliannya juga konsisten.Saya tanya kepada beliau, kenapa tidak berhenti kerja dan fokus buat bisnes, katanya dia sayang melepaskan apa yang dia ada. Itu sahaja.

Keywordnya,kenal lingkaran sosial kita dan apa keperluan mereka. Kemudian, luaskan lagi lingkaran sosial kita dan memahami keperluan mereka pula. Contoh, sahabat saya dari bank tadi bergaul dengan orang pejabat, beliau boleh menjual produk takaful kepada mereka. Sebenarnya,banyak lagi produk yang boleh dijual. Akhirnya, kita kena berani untuk keluar dari comfort zone kita sebelum keberaniaan itu sudah habis kesemuanya akibat faktor usia.

Sedikit perkongsian dariUst Hasrizal:


“Mengapa kamu belum bernikah?” Baginda menyoal lagi.

“Aku fakir” pemuda itu memberikan jawapan yang sama.

“Mengapa kamu belum bernikah?” Baginda mengulang soalan yang sama buat kali yang ketiga.

Pemuda itu tidak berani mengulang jawapan yang sama.

“Ya Rasulallah. Aku memang mahu bernikah. Carikanlah buatku seorang isteri!” jawab anak muda itu.

“Kamu pergilah ke sebuah kampung di sana. Nyatakan kepada orang kampung itu bahawa Rasulullah menyuruh mereka mengahwinkan seorang anak gadis kampung itu denganmu” arah Rasulullah sallalaahu ‘alayhi wa sallam.

Pemuda itu pergi ke kampung tersebut, menyatakan mesej yang dibawanya kepada penduduk di situ. Dia kemudiannya kembali kepada Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam dengan sebuah persoalan.

“Aku tidak punya apa-apa untuk dijadikan mas kahwin” adu beliau.

“Carilah sebentuk cincin besi!” Baginda mengajar.

Sungguh unik. Seorang anak muda yang miskin, diperintahkan oleh Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam supaya bernikah. Tidakkah nikah itu memerlukan perbelanjaan? Bukankah selepas nikah, lelaki fakir itu memikul tanggungjawab memberi nafkah. Apa yang mahu disumbat ke mulut isteri?

TELADAN


Kisah pemuda itu tidak harus dipandang mudah pada sekadar bermaksud gesaan Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam agar bernikah.

Bagaimana Baginda berulang kali bertanya soalan yang sama mengapa beliau belum berkahwin? Jawapan yang diberi adalah kemiskinan. Tidak berkahwin dan miskin bukanlah masalah paling utama dalam situasi anak muda tersebut. Sebaliknya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam mahu menolak anak muda itu KELUAR DARI ZON SELESA beliau agar:

Usahakan mencari calon
Usahakan mas kahwin walaupun sekadar sebentuk cincin besi

Kata kuncinya, BERUSAHA.

Lelaki itu kelihatannya selesa dengan keadaan dirinya yang miskin. Benar sekali dalam hidup ini, ada yang lebih susah daripada susah, iaitu BERUBAH. Sehingga ada manusia yang lebih rela untuk terus hidup susah berbanding membuat perubahan. Di dalam kes anak muda ini, NIKAH menjadi DORONGAN untuk memaksa pemuda itu membuat perubahan. Usaha cari calon. Usaha dapatkan cincin besi. Pokoknya, kamu kena bangkit berusaha.

Demikianlah perkahwinan mampu mengubah ‘nasib’ seseorang. Jika semasa bujang dia boleh membiarkan dirinya miskin melarat, bekerja bila mahu dan berhenti kerja sesuka hati, pilihan itu tidak ada bagi seorang yang bernikah dan sedar akan tanggungjawabnya. Ada mulut yang mahu disuap, justeru dia tidak sewenang-wenang membuat keputusan mudah bekerja atau menganggur, sabar dengan karenah di tempat kerja atau berhenti.

Begitulah nikah mencetus perubahan diri.




Berani untuk berubah. Jika bukan anda siapa lagi,jika bukan sekarang,bila lagi.

Wallahua'lam

5 comments:

  1. jzk, sumber motivasi yang bagus...
    tapi mcm pernah ku dengar ayat yang last tu..:)

    ReplyDelete
  2. ayat terakhir tu ayat motivasi yang biasa digunakan oleh motivator...

    ReplyDelete
  3. sangat hebat tuan! Asri http://rafatopstar.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, hebat motivasi saudara, terima kasih. terima kasih pada Allah juga kerna telah temukan sya pda blog saudara ini.. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.

    ReplyDelete