Tuesday, November 23, 2010

6 Cara Menjadi Kaya

Dari Artikel Dr Azizan Osman:

1. Kaya Keturunan

Anda lahir ke dunia dan melihat wajah ibu anda adalah ratu Elizabeth.

Jangan salah faham, ini hanya contoh. Kalau seseorang itu lahir-lahir sahaja dan ibu dia adalah sekaya ratu Elizabeth, maka peluang dia untuk jadi kaya mungkin lebih tinggi bukan? Tapi berapa ramai di sini yang ada peluang untuk jadi kaya cara begini. Dalam 100 orang, mungkin 5 orang sahaja yang menjadi kaya kerana keturunan.

2. Menjadi usahawan atau ahli perniagaan

Cuba anda fikirkan sejenak. Apakah pekerjaan mereka yang tersenarai di Forbes Magazine sebagai manusia yang kaya dan berjaya? 74% daripada mereka yang berjaya dan kaya adalah mereka yang menjalankan perniagaan.

Pernah dengar tentang hadith nabi yang menyebut 9/10 daripada sumber rezeki adalah hasil daripada perniagaan? Ramai yang pernah mendengar hadith tersebut, malah ada sesetengah ustaz yang dok mengajar hadith ini tetapi mereka sendiri tidak mempraktikkan apa yang disarankan oleh nabi s.a.w iaitu berniaga. Zaman hari ini kita perlu bertindak pantas. Jangan risau tentang hal orang lain tetapi fokus untuk memperbaiki diri kita sendiri.

Dapatkan ilmu dari mentor yang telah terbukti berjaya dalam perniagaan dan pelajari sistem yang digunakan kemudian bertindak untuk membina perniagaan anda sendiri. Lihatlah contoh perniagaan yang berjaya seperti kedai pakaian JAKEL milik usahawan bumiputra yang berjaya. Bermula hampir 30 tahun dahulu dan hari ini terus berkembang mempunyai banyak cawangan.

Kita perlu bangga dengan kejayaan tersebut, sokong kejayaan tersebut dan mencontohi kejayaan tersebut. Bukan bila tengok mereka berjaya dan mulalah keluar macam-macam kata-kata berbaur busuk hati dan dengki melihat kejayaan tersebut. Jika anda pernah ke Jakel, anda akan terperanjat dengan cara mereka melayan pelanggan yang sangat peramah walaupun anda bukan selebriti atau dikenali. Itulah antara perkara yang usahawan perlu contohi. Belum kira lagi lihat betapa seronoknya mereka adik-beradik, ipar duai yang boleh kembangkan perniagaan mereka masing-masing bersama-sama.

Mungkin ada “biawak” yang cakap, “Eleh, masalah dalaman mana kau tahu?”. Point saya ialah apa yang baik kita ambil tauladan. Yang pergi fokus dekat masalah tu buat apa? Bila kita terlampau sibuk cari masalah orang lain, kita akan terlupa yang kita ni mungkin berlambak masalah.

Point saya di sini, keusahawanan adalah platform yang bagus untuk membina kekayaan dan kejayaan tetapi anda perlu bersedia untuk sentiasa belajar memperbaiki diri dan skil anda. Kuasai ilmu pemasaran kerana pemasaran adalah kunci kejayaan dan kekayaan keusahawanan.

3. Bekerja keras untuk mendaki jawatan demi jawatan

10% daripada mereka yang berjaya membina kekayaan adalah mereka yang sanggup bekerja keras, berusaha dan menjadi aset kepada syarikat-syarikat. Mereka berkhidmat di syarikat-syarikat yang pada asalnya kecil kemudian selepas beberapa tahun menjadi syarikat yang besar, maka mereka yang bekerja keras ini diberikan ganjaran saham syarikat apabila syarikat tersebut diapungkan ke bursa saham. Ramai juga yang menjadi jutawan dengan cara begini.

4. Menjadi pakar atau professional di dalam sesuatu bidang

Ramai juga yang berjaya membina kekayaan dan kejayaan dengan menjadi professional ataupun pakar di dalam sesuatu bidang. Contohnya seperti doktor, doktor gigi, peguam, arkitek, jurutera dan lain-lain lagi yang sangat berpengalaman dan pakar dalam jurusan mereka. Mereka adalah orang yang berusaha keras untuk mendapatkan kelayakan akademik dan sanggup bekerja keras untuk membina pengalaman serta kepakaran mereka. Ramai yang mendapat pendapatan yang tinggi dan tahu uruskan kewangan mereka untuk pelaburan dan pendapatan pasif.

5. Terlibat di dalam “sales” (bidang jualan)

Salah satu cara untuk membina kekayaan adalah terlibat di dalam sales atau bidang jualan dan pemasaran. Ramai yang menjadi jutawan dengan bermula daripada “sales”. Malah terlibat di dalam sales atau bidang jualan adalah antara cara yang mudah dan ramai daripada mereka yang berjaya serta kaya dengan cara ini mungkin tidak mempunyai kelulusan akademik yang melangit tetapi pendapatan mereka mungkin lebih banyak sebulan dibandingkan dengan pendapatan setahun seorang professor yang mengajar tentang teori jualan dan pemasaran tetapi tidak pernah jual atau pasarkan walau sebatang pen pun.

Orang yang mahu berjaya dalam bidang sales atau jualan ini, mereka perlu bersedia untuk bekerja keras, sanggup belajar dan perlu tahu uruskan kewangan dan belajar untuk melaburkan duit mereka serta bijak menguruskan kewangan supaya ianya tidak “lebur”.

6. Nasib, bakat atau Terpijak.

Hanya 1% daripada mereka yang kaya dan berjaya adalah mereka yang kaya menggunakan cara ini. Mereka adalah yang berjaya membina kekayaan melalui saham, ciptaan terbaru atau terkini, teknologi, industri hiburan, penulisan buku dan lagu, menang loteri atau apa-apa cara yang banyak memerlukan usaha tetapi banyak bergantung kepada bakat atau nasib. Malangnya, kumpulan inilah yang selalu diwar-warkan atau mendapat publisiti sedangkan sebenarnya cara untuk kaya dengan kaedah ini adalah tidak mustahil tetapi agak susah. Dan malangnya lagi di Malaysia ini, anak bangsa kita banyak ditonjolkan tentang kononnya betapa mudah untuk berjaya hanya dengan menjadi artis. Tetapi sebenarnya tidak, apapun bidang yang diceburi. Seseorang itu perlu bersedia untuk belajar mendapatkan ilmu, mentor, sistem serta sanggup berusaha bertindak pantas.

p/s: rasa rasa jalan yang mana paling cepat? tolong keluarkan opsyen 1 dan 6. Bagi saya, opsyen 2, iaitu menjadi usahawan. Yang mana paling kurang risiko? Bidang 'sales'. Tetapi,mungkin bagi orang MLM, Direct Selling, Insurans/Takaful bidang sales adalah yang paling cepat dan paling kurang risiko. Wallahua'lam.